POLI"SHIT"  

4 comments

Dalam hidup korang, dalam hidup sehari-harian, mesti korang pernah kenal manusia yang suka berpolitik. Politik yang aku nak ceritakan bukanlah berpolitik dalam mana-mana parti tapi perangai manusia yang suka cakap bagaikan ahli politik. Sebagai contoh :-


Si A berkata megah
" Aku memanga akan beli kereta XXX harga RM300k. Bla Bla Bla. Comfirm beli. Bla Bla Bla. "


Si B pula diam mengiyakan sahaja.


tetapi apa yang Si A beli selepas 2-3 bulan berkata megah hanyalah kereta terpakai yang harga under RM50k.


Si A memberi alasan
" alasan, alasan , alasan, sebab alasan, alasan, alasan "


Si B pula sound
" Kau ni politik lebih! Nak tunjuk hebat tapi haram. "


Sudah pasti korang pernah terserempak atau kenal manusia sebegini. Siapa tak pernah kenal? Korang memang beruntung kalau tak pernah menghadapi situasi macam ni.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, apabila kita sound menggunakan ayat "ko politik jek lebih! ", diorang selalunya bukan ambil kesah pun. Esok lusa ada pula agenda lain yang nak dipolitikkan. Kita jugak yang terpaksa dengar. Daripada kita dengar hari-hari, apa kata kita ubah ayat sound kita tu biar nampak ekstrem sikit. Tukar politik kepada poli"shit".


" Ko ni poli"shit" jek lebih! "


What will happen bila kita cakap camtuh? Maybe perkataan "shit" boleh menyedarkan diorang yang diorang ni dah banyak kali talking shit. Belum cuba belum tahu kan. So, jangan malu-malu nak cuba.